Apakah polisi bayar balik JayaMartMalaysia.com?

Untuk tujuan kesegaran produk tempahan anda, kami mematuhi Manifesto Segar kami dalam semua aspek perkhidmatan kami kepada anda. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda atas sebarang sebab, sila hubungi kami dan beritahu kami bagaimana kami boleh membantu!

Syarat untuk pengembalian yang sah:

  • Bukti pembelian (nombor pesanan, resit, dll.)
  • Maklumat akaun Jayamartmalaysia.com (nama dan nombor).
  • Sebab pengembalian mestilah sah dan syarat penerimaan balik hendaklah dipatuhi (lihat di bawah)

Atas sebab apa saya boleh mengembalikan item?

Anda boleh mengembalikan barang anda atas mana-mana sebab berikut:

  • Produk atau barang rosak
  • Item tersalah hantar iaitu dihantar tidak seperti yang ditempah

Polisi Pulangan

  • Kami akan menerima pengembalian Produk rosak atau tersalah hantar sahaja yang dibeli dari kedai kami, pengembalian tidaklah termasuk barang yang diberi diskaun atau telah rosak atau kotor akibat kecuaian pelanggan.
  • Untuk tujuan pengembalian, sila hantar semula Produk ke kedai di alamat No. 22, (Aras G & Aras 1) Jalan LG5, Taman Industri Lembah Jaya, 68000 Ampang, Selangor bersama dengan resit pembelian/tempahan penghantarannya kepada kakitangan kami di kedai kami tersebut pada hari yang sama atau hari berikutnya dari tarikh penghantaran tersebut dibuat. Harap maklum bahawa item tersebut mestilah tidak dipakai, tidak dicuci, tidak berubah, dan dengan label yang sempurna (jika ada).
  • Kami akan menanggung sebarang caj pos atau penghantaran balik.
  • Kami berhak untuk membuat pindaan pada polisi ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
  • Sila hubungi kami jika anda mempunyai pertanyaan mengenai pengembalian atau pertukaran. Kami akan melayan anda sebaik yang mungkin.